Monday, May 2, 2011

Boleh belajar cara usir jin tetapi adakah jin itu benar di usir...???

Kebanyakan orang melayu cuba mempelajari mengusir jin atau hantu tetapi adakah orang ingin di usir itu benar-benar di usir..?

http://www.youtube.com/watch?v=wCzAkf6GCiw&playnext=1&list=PL32E80E35F09975A6

Disini kita boleh belajari , bagaimana makluk halus berani mencabar penjaga bomoh tersebut dan memperlukan ramai orang untuk menolong pesakit ini..akhirnya tok bomoh pun pesan sementara...

Jika di serang kali ke-2,pasti bomoh nie pesan sungguh....

Apa perbezaan pengeras yang di bayar dengan seikhlas hati

Perubatan perbomohan terbahagi kepada 2 sumber iaitu secara ikhlas dan ada pengeras. Lazimnya, perubatan seikhlas hati ditentukan pembayaran tetapi tetap ada pemberian duit dan ia tidak menjaminkan apa-apa kepastian atau sembuhan pada si pesakit dan ia bergantung kesesuaian pesakit itu. Ini kebanyakan dilakukan oleh pengamal-pengamal alternative yang menawarkan air sebagai penawar dan ada kala, pengamal akan menggunakan lada hitam dan garam atau bacaan al-quran untuk menewaskan jin yang merasuk ke dalam badan si pesakit.

Tetapi ada jugak perngamal bomoh yang mencampurkan bacaan al-quran dan mentera serapah serta kebiasaannya,pengamal ini berdamping dengan mahluk halus seperti hantu raya,pelesik,langsuir yang kebiasaan mereka menggunakan untuk mengalahkan jin si pesakit atau mengambil jin tersebut.

Dapat di lihat dan dimana, pesakit yang berjumpa bomoh serupa ini akan berulang kali menjunjungi rumah bomoh tersebut untuk terus berubat dan melegakan kesakitan si pesakit. Ini kerana bomoh tersebut meletakkan jin yang telah bersetuju atau tempoh yang ditetapkan supaya pesakit itu akan berulang berjumpa bomoh tersebut dan akan di kenakan pembayaran tertentu, pada mulanya adalah secara ikhlas hati.

Ada juga bomoh yang akan mengenakan pembayaran tertentu. Ia bergantung pada kos atau peringkat yang ingin dibuat. Kenapa boleh terjadi sebegini? Lazimnya, pembayaran dikena atas pesakit yang  tidak mahu membawa barangan yang inginkan oleh bomoh tersebut, maka upah dikenakan untuk mencari dan beban pada pesakit tersebut.

Tetapi sentiasa berwaspada sebab ada bomoh yang menipu. Mengenakan pembayaran yang tinggi tetapi menawarkan air sebagai penawar,membeli lada hitam atau garam dan ada jugak menyuruh membeli batu cincin dan CD-DVD bacaan al-quran.

Perubatan ghaib ini sebenarnya bukan satu benda mainan kerana dinamakan makluk halus dan makluk halus ini lazim tidak datang bersendirian dan makluk halus ini ada martabat dan kekuasaan tersendiri yang tiada pada manusia.